Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 23, 2014

MAYAT LELAKI DITIKAM DITEMUI


Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih memakai topi keledar berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kampung Berapit, Kubang Semang, di sini kira-kira ajm 2 petang tadi.

Mangsa dipercayai warga Myanmar berusia lingkungan 20-an dan mayatnya ditemui seorang penduduk tempatan yang kemudian menghubungi polis. 

Hasil siasatan awal, polis mendapati perut mangsa terburai dipercayai akibat kesan tikaman manakala mukanya turut berdarah. 

Tiada sebarang senjata ditemui di lokasi dan polis hanya menemui bungkusan pakaian dipercayai milik mangsa.

Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan pasukan forensik masih berada di lokasi kejadian.




0 comments:

share2