Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 23, 2014

MH370: BERI BUKTI KEPADA PAKAR



Kluang: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein meminta pihak yang mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama kehilangan pesawat MH370 tampil memberikan bukti kepada Jawatankuasa Pakar untuk siasatan yang lebih terperinci.

Mengulas mengenai dakwaan akhbar The Sunday Times, Hishamuddin berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan yang wujud berkaitan kehilangan pesawat terbabit termasuk tuduhan ke atas juruterbang itu. 

"Jika benar dakwaan itu, salurkan kepada pihak yang mempunyai kepakaran dan jangan hanya menghebahkan di dalam akhbar semata-mata untuk melariskan jualan akhbar. 

"Dari awal lagi kita sudah nyatakan apa jua dakwaan perlu mendapat verifikasi daripada jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai pakar, beri kita bukti kita akan siasat," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis 1Veteran 1Malaysia di Hotel Prime City disini,sebentar tadi.

Menurut Hishamuddin, pihaknya juga meminta kepada semua pihak supaya tidak mempercayai teori konspirasi yang dikeluarkan.



0 comments:

share2