Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 23, 2014

HIMPUNAN ANTI LYNAS HANYA ALAT POLITIK



Kg. Lechor (Dong, Raub) - Ketika diminta mengulas mengenai penahanan 16 orang peserta himpunan Anti Lynas di Gebeng semalam, Ketua Polis Pahang Dato' Sharifuddin Ghani memaklumkan bahawa kesemua mereka telahpun dibebaskan pagi tadi yang terdiri dari 15 warga tempatan dan 1 warga negara asing.

Mereka ditahan dan akan didakwa dibawah akta kanun keseksaan yang jik sabit kesalahan boleh dikenakannuukuman penjara selama 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut beliau lagi, negara kita mempunyai undang-undang dan tiada siapapun bebas melakukan sesuatu dengan membelakangi undang-undang negara.

Pihak polis sedang menyediakan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada pendakwa raya dan kesemua mereka akan didakwa dalam waktu terdekat.

Sebelum itu, Menteri Besar Pahang sendiri menyifatkan tindakan peserta himpunan berkenaan hanya bermotifkan politik dan ingin meneruskan momentum serta meraih sokongan dan simpati rakyat terutama ketika kepercayaan rakyat terhadap pembangkang semakin pudar.

Dato' Seri Adnan Yaakob juga menyatakan bahawa kesemua Adun termasuk pembangkang telahpun dibawa melawat kilang Lynas untuk melihat sendiri keadaan disana serta diberikan taklimat khas, jadi tidak ada sebab kenapa mereka masih tidak faham dan menafikan tahap keselamatan operasi kilang berkenaan.

Himpunan Anti Lynas berkenaan yang sepatutnya dalam keadaan aman telah bertukar ganas serta mengakibatkan beberapa peserta dan 2 anggota polis cedera.



0 comments:

share2