Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 22, 2014

WARIS KE-3 PENGGALI KUBUR




Kulim - Setiap pengalaman dan cabaran menjalankan tugas sebagai penggali kubur dijadikan tauladan buat generasi ketiga penggali kubur di Masjid Al-Jamiul Makmur Kulim sejak lebih 20 tahun lalu.

Ammir Ismail yang tinggal di Kampung Padang Tembak, dekat sini, berkata, sepanjang menguruskan jenazah, pelbagai kejadian berlaku bagaimanapun dia menyifatkan semua itu sebagai rencah kehidupan.

Menurutnya, menguruskan jenazah mengajar manusia untuk bersyukur dan beriman kepada ALLAH SWT.

"Pembalasan ALLAH SWT bukan sahaja diterima oleh manusia ketika berada dalam kubur malah ia bermula ketika jenazah itu mula-mula diterima untuk diuruskan.

“Memang benar, pengurusan jenazah di antara satu mayat dengan mayat lain tidak sama.

Semua ini kuasa ALLAH dan dia maha mengetahui," katanya.

Ammir yang juga bertugas sebagai pengurus jenazah berkata, pelbagai halangan dan kejadian aneh pernah dilihat bagaimanapun semua itu dijadikan iktibar supaya lebih dekat dengan ALLAH.

"Kita hanya dipinjamkan oleh Allah untuk tinggal di atas dunia ini. Jangan kita sesekali sombong dan bongkak dengan kesenangan yang ALLAH pinjamkan kepada kita,” katanya.

0 comments:

share2