Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 21, 2014

'KAMI TERINGIN LIHAT WAJAH ANAK'




Kemaman - “Akibat dihimpit kemiskinan, bayi perempuan yang baru dilahirkan kami serah kepada sebuah keluarga Melayu,” kata Lai Kim Nyuk, 60-an, yang kini sedang menjejaki semula anaknya itu selepas terpisah hampir 33 tahun.

Menurutnya, dia dan isteri, Yap Moi Chin, 60-an, menyerahkan bayi mereka kepada keluarga angkat yang merupakan golongan berada ketika tinggal di Siburan Village, Batu 17, Kuching Serian Road, Sarawak.

Kim Nyuk berkata, keluarga Melayu tersebut tinggal di kampung berhampiran tempat tinggalnya sebelum mereka berpindah ke Kuala Lumpur ketika anaknya berusia tujuh tahun.

“Selepas sekian lama tak berjumpa, kami suami isteri teringin sangat lihat wajah anak perempuan kami dan keluarga angkat yang membesarkannya.

“Tapi kami tak dapat kesan anak dan keluarga angkatnya selepas mereka berpindah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Kata Kim Nyuk, dia dan isteri sangat terhutang budi dengan keluarga Melayu terbabit yang menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang.

“Seorang jururawat hospital yang memperkenalkan keluarga Melayu itu kepada saya dan isteri, namun kami dah tak ingat nama jururawat serta ibu bapa angkat anak kami itu.

“Kami cuma tahu keluarga angkat anak kami adalah orang berada dan waktu itu anak-anak mereka pun dah dewasa,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia dan isteri berjumpa dengan pasangan suami isteri tersebut ketika anaknya berusia tujuh tahun.

“Waktu itu, mereka bawa anak kami berjumpa kami untuk uruskan permohonan sijil lahirnya, sebelum mereka berpindah ke Kuala Lumpur.

“Ketika itu juga, keluarga angkat anak turut menyerahkan tiga keping gambar kepada kami iaitu gambar anak bersama ibu bapa angkatnya, gambar anak bersendirian dan gambar anak bersama dengan kawan-kawannya di tadika di Sarawak,” katanya.

0 comments:

share2