Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 28, 2014

ANWAR KELIRU DAN YANG MENGELIRUKAN




1. Klip video diatas telah dimuatnaik sejak 20hb Mei 2014 lalu oleh AmenoWorld. Ianya mengenai Anwar Ibrahim yang marah-marah ketika berdepan dengan pendemo PKR sendiri yang membantah berkenaan isu pertandingan jawatan Naib Presiden Parti yang dipertandingkan 3 penjuru.

2. Tentulah penyokong PKR jadi keliru kerana selama ini Anwar adalah 'Raja Demo Jalan Raya'. Beliau menggalakan beberapa siri tunjuk perasaan dilakukan selama ini atas nama kebebasan bersuara. Tetapi kenapa pula penyokong PKR sendiri dihalang dari bersuara? Dimanakah kebebasan sebenarnya? Apakah kebebasan bersuara itu hanyalah untuk memperjuangkan kepentingan Anwar sendiri sahaja dan dihalalkan, sedangkan untuk orang lain tidak dibenarkan?

3. Tindakan tidak diambil terhadap Cikgu Bard, sudah tentulah kerana Cikgu Bard adalah penyokong tegarnya bahkan ada hubungan keluarga pula. Ini jelas memperkuatkan sikap dan amalan kronism didalam PKR itu sendiri.

4. Anwar Ibrahim memberi amaran akan memecat sesiapa saja yang akan teruskan demo itu, tetapi atas kuasa apakah yang ada pada beliau untuk memecat seseorang? Apakah tidak perlu dibawa kesuatu mesyuarat tertentu atau jawatankuasa disiplin untuk memutuskannya? Apakah benar PKR itu parti milik Anwar 100% sehingga beliau mampu dan berhak melakukan sesuatu sesuka hatinya?

5. Apakah kedudukan Anwar sebenarnya didalam parti sehingga beliau sungguh berkuasa sedemikian itu. Anwar adalah Ketua UMUM, jawatan yang tidak dipertandingkan yang seakan-akan penasihat atau penaung. Bahkan jawatannya itupun beliau sendiri yang berikan. Jelaslah bahawa Anwar ini memiliki ciri-ciri diktator.

6. Bahkan lebih teruk lagi, beliau melakukan segalanya adalah untuk kepentingan diri sendiri dan kroninya saja. Beliau sanggup pergunakan rakyat dan siapa saja untuk mencapai cita-citanya. Berbeza dengan pemimpin sebenar yang berjuang untuk rakyat dan diangkat oleh rakyat, sedangkan Anwar mendambakan rakyat berjuang dan berkorban untuknya bahkan mengangkat dirinya sendiri sebagai pemimpin.

7. Apakah masih ada masa depan bagi anak-anak muda yang selama ini menyokong perjuangan Anwar Ibrahin ini? Yang jelas mereka hanyalah bagaikan habis madu sepah dibuang. Jangan kita terkeliru dengan cara dan perjuangan Anwar kerana itulah hakikat perjuangan Anwar selama ini, berjuang untuk jadi pemimpin rakyat diatas perjuangan rakyat.

8. Ideologi Anwar sangat merbahaya kepada bangsa dan negara kita. Beliau lebih rela melihat anak bangsa rosak binasa bahkan tidak peduli jika ada yang cedera dan mati kerana bumi Malaysia ini ingin dijadikan huruhara untuk menekan kerajaan agar tunduk kepada permintaan dan keinginannya.

9. Kenapa Anwar perlu marah kepada pendemo itu jika demokrasi ingin disuburkan didalam parti sendiri? Akhirnya lidah bercabang Anwar sendiri telah memperkenalkan siapakah dia dan untuk apakah perjuangannya selama ini. Masih sanggupkah kita ditipu lagi dan lagi?


~ Editor

0 comments:

share2