Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 8, 2013

YBM TENGKU AZLAN DI PROGRAM MESRA KOMUNITI JERANTUT

YBM Tengku Azlan memberikan ucapan 


Kolej Komuniti Jerantut mengadakan program 'Mesra Komuniti' bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut di Kg Pedah, Jerantut Pahang pada pukul 11-.00 pagi tadi. Program tersebut disamping ramah mesra diantara pelajar dan tenaga pengajar dengan ahli masyarakat juga turut memberi penerangan berkenaan kursus-kursus yang disediakan serta berpotensi diikuti oleh masyarakat setempat.

Dalam ucapannya, YBM Tan Sri Tengku Azlan memohon agar peluang yang ada dan terbuka luas di kolej ini diambil dengan baik oleh masyarakat terutama golongan muda bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Katanya lagi, Sungai Pahang sudah terkenal dengan penghasil ternakan ikan sangkar di daerah Jerantut yang menghasilkan ikan yan berkualiti dan menepati citarasa ramai. Bidang penternakan ikan sangkar boleh dimajukan lagi dengan mempertingkatkan hasil pengeluaran. Kolej Komuniti Jerantut menawarkan banyak kursus-kursus yang berkaitan termasuk bidang penternakan ikan serta penghasilan benih-benih ikan berkualiti.

Golongan muda yang belum mempunyai pekerjaan tetap serta pesara-ppesara kerajaan disarankan agar menyertai program berkenaan yang terbukti memberikan pulangan hasil yang lumayan.



Menerima sumbangan cenderamata dari pihak Kolej Komuniti
 

 Bergambar kenangan bersama pihak Kolej


 Ucapan aluan


YBM Tengku Azlan berramah mesra dengan pengurusan dan kakitangan kolej 

0 comments:

share2