MARAN - Karnival Azam Kerja 1Malaysia peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dataran Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan selepas dihadiri lebih 5,000 pengunjung.
Pengarah Unit Pekerjaan JobsMalaysia, Asri Abd. Wahab berkata, program itu yang julung kali diadakan di negeri ini merupakan anjuran Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja Pahang dan JobsMalaysia Center (JMC) Pahang.
Beliau berkata, sebanyak 34 majikan daripada pelbagai sektor menyertai karnival pekerjaan yang menawarkan kira-kira 3,305 kekosongan jawatan yang merangkumi semua tahap pendidikan dan kemahiran.
Menurutnya, kekosongan jawatan siswazah adalah sebanyak 507 dan bukan siswazah 2,798 kekosongan yang perlu diisi segera sebagai penggerak utama pembangunan negara ke arah negara maju menjelang 2020.
"Pengisian program ialah karnival pekerjaan, temuduga terbuka, program penyesuaian kerjaya Orang Asli, penempatan orang kelainan upaya (OKU) dan program suri rumah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Majlis perasmian karnival selama sehari itu disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin, ADUN Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.
Sementara itu, pengunjung, Amaleen Che Hussin, 18, menyifatkan karnival tersebut membuktikan komitmen kerajaan membantu rakyat mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran individu.
Dia yang berasal dari Maran memuji usaha pihak terbabit menganjurkan karnival pekerjaan yang sangat istimewa kepada rakyat kerana memudahkan mereka mendapat kerja.
Bagi lulusan kewangan, Nur 'Ain Salehudin, 21, karnival ini memberi peluang kepadanya memohon pekerjaan terutama melalui Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
"Saya yakin karnival ini menepati objektif dan saya sedang menunggu panggilan mengikuti SLIM kerana tidak sabar untuk bekerja," katanya.
Bagi guru, Nor Suhana Mohd. Fauzi, 32, dari Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Maran 2 berpendapat, karnival itu sangat berfaedah kepada ibu bapa, pelajar dan belia menganggur untuk memilih bidang kerjaya yang sesuai.
Katanya, karnival sedemikian perlu diadakan setiap tahun di daerah berlainan supaya lebih banyak maklumat dan faedah diterima masyarakat di luar bandar.
Guru Kaunselor, Burhanuddin Hassan, 50, dari SMK Jengka Pusat 2 berkata, penglibatan pelbagai syarikat milik kerajaan (GLC) dan swasta memberi peluang kepada pencari kerja di negeri ini mencuba nasib mereka.
"Pencari kerja jangan pula memilih pekerjaan yang ditawarkan kerana jika terlalu memilih sampai bila pun kita tidak akan mendapat pekerjaan," katanya.
Sementara itu, Ismail dalam ucapannya memaklumkan sebanyak enam juta pekerja mahir diperlukan bagi mengisi pasaran pekerjaan negara menjelang 2020.
Beliau berkata, sehingga kini, Malaysia hanya berjaya melahirkan sebanyak 28 peratus tenaga kerja mahir yang bekerja di dalam pelbagai sektor pekerjaan.
Tegasnya, kekurangan bilangan pekerja mahir tempatan itu perlu diatasi segera dalam tempoh enam tahun supaya agenda pembangunan negara berjalan lancar.
"Negara masih memerlukan lebih ramai lagi pekerja mahir kerana trend ekonomi negara semakin berkembang,'' katanya yang juga Ahli Parlimen Maran.
Sementara itu, Ismail berkata, statistik menunjukkan kira-kira tiga juta pekerja asing yang sah dan tidak sah dari pelbagai negara bekerja di negara ini.
"Pekerja asing ini bekerja dalam pelbagai sektor termasuk pertanian, perumahan, dan perladangan," katanya.
Menurutnya, keadaan itu sangat merugikan negara dan rakyat kerana peluang pekerjaan tersebut seharusnya diisi rakyat dalam negara.
Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan memperuntuk sebanyak RM16 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) bagi membantu golongan itu mengembangkan perniagaan.
Katanya, skim yang diwujudkan pada 2007 itu adalah manifestasi kerajaan mengambil berat akan kebajikan OKU.
Tegasnya, kerajaan tidak mahu mereka tercicir dalam arus kepesatan ekonomi negara sekali gus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan itu.
"Dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, golongan OKU tidak dilupakan yang mana mereka berpeluang menjana pendapatan melalui SBGP-OKU.
"Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Tenaga Kerja meluluskan sebanyak RM200,625 kepada lima orang usahawan OKU di negeri ini," katanya.

0 comments:
Post a Comment