Seorang pakar ekonomi mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan penawaran biasiswa kepada pelajar negara ini untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, termasuk dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
Presiden dan Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid, berkata JPA sebaliknya perlu menggunakan dana biasiswa berkenaan untuk menaja pengajian pelajar di universiti tempatan dalam bidang profesional atau separa profesional.
Katanya, ini strategi serampang dua mata iaitu negara dapat mengurangkan beban menaja pelajar di luar negara yang kosnya kian meningkat dan pada masa sama universiti tempatan menerima pelajar terbaik dalam setiap bidang. Beliau berkata, dasar menghantar pelajar ke luar negara dibuat ketika Malaysia hanya mempunyai satu universiti.
Saya tidak faham mengapa JPA masih meneruskan dasar yang tidak sesuai dengan keadaan sekarang dan sudah lapuk ini, katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.
JPA membelanjakan lebih RM1.5 billion setiap tahun untuk menaja pelajar ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Russia, India, Korea Selatan dan Jepun.-
Berita Harian
Akupun setuju jika perkara ini dikaji semula. Universiti di Malaysia juga mampu mengadakan pembelajaran yang setanding dengan universiti luar negara. Malah jika JPA membantu pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, pengantungan pelajar kepada PTPTN juga dapat dikurangkan dan seterusnya mampu mengurangkan pembelanjaan yang ditampung oleh PTPTN.
0 comments:
Post a Comment