Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 29, 2011

Penguasaan Bahasa Arab & Bahasa Lain Sebagai Bonus



KAHERAH, 26 Sept - YAB Menteri Besar Pahang sekali lagi menegaskan bahawa kepentingan menguasai ilmu adalah melalui bahasa.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada para pelajar Malaysia yang berada di Mesir agar menguasai sepenuhnya bahasa Arab dengan baik.

Tambah beliau, penguasaan bahasa ini juga turut dapat membantu mereka dalam mencari pekerjaan dimasa akan datang.


"Jika kita tidak dapat menjadi Ustaz atau Kadi serta Peguam sekembalinya di Malaysia nanti, sekurang - kurangnya kita ada perkara lain yang boleh dijadikan sandaran.

Misalnya penterjemah bahasa atau pengacara seperti Mahathir Lokman sebagai contoh dimana ianya terbukti pendapatan beliau cukup lumayan," kata beliau dalam ucapan sempena Majlis Ramah Mesra bersama pelajar Malaysia disini.


Beliau juga turut menegaskan bahawa ianya hanya akan menjadi sia - sia jika mereka yang berada di Mesir ini tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan sebaik mungkin.

Atas dasar itu juga, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob turut menyeru agar para pelajar ini memperlajari bahasa lain selain bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


"Memandangkan kedudukan Mesir berhampiran dengan lautan Mediterranean, maka kita boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari bahasa lain seperti Perancis atau Sepanyol."

Hadir dalam Majlis tersebut termasuk TYT Datuk Duta Besar Malaysia di Mesir, wakil - wakil pelajar dari seluruh Malaysia serta kakitangan kedutaan.

YAB Menteri Besar juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar dalam Majlis yang dihadiri seramai 500 orang pelajar ini.

0 comments:

share2