Adalah disarankan supaya Parti Kencing Rakyat yang ada dalam Negeri Pahang ni dikuburkan terus daripada bumi Pahang.
Apa tidaknya. Kalau dah asyik sangat buat hal yang bukan - bukan, baik tanam je terus. Lagi baik dari menyusahkan orang.
Kalau hari tu, dua orang pemimpin kanan dia dah nak dipecatnya atas alasan menyertai program parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.
Maka hari ni, tampil salah seorang daripada mereka berdua membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.
Seperti mana bekas graduan Universiti Al - Juburi yang berjaya, Abdul Rahman Othman ni kata semuanya konspirasi belaka.
Dia yang juga merupakan bekas Naib Ketua Cabang Pekan mendakwa ada pihak tertentu yang nak menjatuhkan maruah dia dengan tuduhan tersebut.
Katanya, dia kecewa sebab pihak terbabit hanya ingin menghukum berdasarkan beberapa laporan yang tidak berasas oleh pihak musuh.
Maknanya, dia mengakui bahawa musuh sebenar Parti Kencing Rakyat tu adalah dari kalangan mereka sendiri. Bukannya UMNO atau BN yang buat pasal.
Selain itu, Si Abdul Rahman ni jugak turut mengakui bahawa berlakunya kepincangan didalam tindakan PKR Pahang terhadap pemilihan cabang.
Kata dia lagi, pemilihan tersebut yang dijadualkan akan berlansung pada Oktober nanti perlu ditangguhkan.
Macam - macam. Yang di Inderamahkota nak dipercepatkan pemilihan. Yang di Pekan ni nak ditangguhkan pulak?
Nak kata bangang sangat kang, puak - puak Parti Kencing Rakyat ni marah pulak. Tapi memang itulah hakikatnya.
Diorang ni memang bangang. Buat kerja apa pun tak reti. Lepas tu pandai menyalahkan orang itu ini je. Kalau bergaduh pun, bukan pasal kepentingan rakyat.
Bergaduh hanya semata - mata kepentingan diri sendiri. Perjuangan untuk rakyat menda kejadahnya kalau macam tu? Patut la makin ramai orang yang pakat keluar dari parti ni.
Jadi, adalah lebih baik dikuburkan je la parti yang jelas suka menipu rakyat ni. Buat mengabihkan masa rakyat Negeri Pahang je!!!
0 comments:
Post a Comment