Dakwaan pembangkang tanah baru ala Felda akan dibuka semula di negeri ini jika pakatan pembangkang berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti adalah suatu gimik politik bagi meraih undi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, janji pembangkang itu adalah mimpi pada siang hari.
Katanya, bukan semudah itu untuk membuka sesuatu kawasan tanah baru apatah lagi membabitkan kawasan tanah yang luas seperti rancangan tanah Felda kerana negeri ini sudah tidak mempuyai tanah mencukupi.
"Rakyat jangan mudah terperangkap dan terpengaruh dengan janji janji manis pembangkang kerana ia hanya janji kosong dan itu hanya muslihat semata-mata. Mereka sudah tidak ada modal untuk meraih sokongan rakyat, malah tembelang dan temberang mereka semakin hari semakin terbongkar," kata Mohamed.
Pembangkang kata nak buka tanah macam FELDA? Hahaha nampak sangat penipunya. Pembangkang pun tak boleh nak selesaikan masalah rakyat, ada hati nak buka tanah macam FELDA. Tanah mana pembangkang nak rampas? Pembangkang kalau bab rampas tanah orang memang pandai. Silap silap tanah kubur kitapun nanti dorang rembat.
Assalam Bro
Ladang Rakyat kat Kelantan tu apa cerita?.. Belum apa2 dah kecoh tak tentu pasal... Siapa yang untung dan siapa yang rugi bila PAS buka ladang tu...?