KUANTAN - Puspanita Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (Helwa)
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil inisiatif menghasilkan face shield
(pelindung muka) untuk disumbangkan kepada petugas kesihatan.
Pengerusinya, Datin Aminah Jahayah berkata, seramai 11
sukarelawan daripada Helwa menghasilkan face shield untuk membantu petugas
kesihatan yang terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari.
Menurutnya, walaupun sumbangan itu sangat kecil tetapi
berharap ia dapat membantu melengkapkan keperluan petugas barisan hadapan itu.
"Kita sentiasa mendoakan mereka semua kuat dan selamat
kerana mereka juga ada keluarga," katanya ketika di temui di Bangunan MPK.
Sebanyak 1,120 alat perlindungan muka dihasilkan selama dua
hari dan barangan untuk menyiapkan peralatan terbabit disumbangkan oleh
Kerajaan Pahang.
"Saya difahamkan peralatan ini akan diagihkan melalui
Pejabat Kesihatan Negeri Pahang di hospital yang memerlukan untuk kegunaan
frontliner yang sedang merawat pesakit Covid-19," katanya.
SUMBER :
0 comments:
Post a Comment