PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal
Ehwal Agama, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meletakkan beberapa panduan
untuk Solat Jumaat berikutan status COVID-19 terkini.
Menurut Dr Zulkfli, sekiranya wabak masih terkawal menurut
nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), solat jumaat mesti diteruskan
dengan beberapa saranan seperti memendekkan Khutbah Jumaat, mengambil wudhu’ di
rumah masing-masing, dan pihak masjid perlu menyediakan cecair pembasmi kuman
serta penutup mulut sebagai langkah pencegahan.
Bagaimanapun, menurut Dr Zulkifli, mereka yang mempunyai
simptom-simptom jangkitan, tidak perlu hadir Solat Jumaat kerana tergolong
dalam golongan orang-orang yang sakit.
Mengulas lanjut, menurut Dr Zulkifli, sekiranya wabak
COVID-19 merebak tanpa kawalan, solat Jumaat boleh dilakukan dirumah, namun
wajib diganti dengan solat Zohor dirumah masing-masing.
Namun, beliau meletakkan garis panduan untuk melakukan
sedemikian, ia hanyalah sekiranya larangan tersebut dikeluarkan oleh jabatan
berautoriti seperti KKM, dan sekiranya wabak menunjukkan ramai mangsa COVID-19
positif di penempatan berkaitan.
SUMBER – HARAKAHDAILY
0 comments:
Post a Comment