BENTONG – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki berkata Skuad Sabil merupakan satu citra kebangkitan
kembali setelah UMNO tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Jelasnya, selepas PRU lalu, Pemuda UMNO mula kembali kepada
akarnya iaitu ‘back to basic’.
“Terdapat dua perkara iaitu Skuad Sabil harus menekankan dan
menjadi benteng utama dalam parti dan menjadi ‘walak’, setia berkorban, berkhidmat
dan bersatu serta yang kedua adalah kepercayaan.
“Bermula dengan nilai pengorbanan dan semangat perjuangan
yang tinggi, diuji dan hari ini bangkit kembali dengan nilai pengorbanan,
perjuangan yang bakal menggoncang negara pada suatu hari.”
Katanya, UMNO sentiasa diuji termasuk salam keadaan menjadi
pembangkang kerana orang cemburu dan iri hati melihat kejayaan parti keramat
UMNO.
“Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang
tanah, sebab parti ini ada maruah dan kita letakkan kepercayaan kepada
pimpinan,” tegasnya.
Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa Pergerakan
Pemuda Johor adalah yang teramai menjadi anggota Skuad Sabil.
Katanya, walaupun ini baru siri keenam yang dianjurkan oleh
Pemuda UMNO, namun akar umbi menerima Skuad Sabil ini dengan terbuka dan
semangat yang ada sangat menggagumkan.
“Kita tidak pernah menjangkakan Skuad Sabil akan sampai ke
tahap ini dan cabaran yang diberikan oleh Presiden UMNO yang mahukan mencapai
sebanyak dua ribu peserta tetapi tidak sampai siri ketujuh Skuad Sabil telah
mencapai matlamat keanggotannya sebanyak 2,104 anggota.
“Skuad Sabil adalah satu matlamat yang sangat besar dan
cukup tulus dengan citra untuk kembali memerintah negara,” katanya semasa
majlis Penutup Kursus Latihan Asas Skuad Sabil Siri 6, di Institut Latihan
Memperkasa Ummah (ILMU).
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO (SUA) Tan Sri Annuar Musa.
Sumber
0 comments:
Post a Comment