Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 9, 2020

SIBUK NAK PERTAHAN KERAJAAN GOYAH – APA STRATEGI PH BERDEPAN HARGA MINYAK DUNIA ?




KUALA LUMPUR, 9 Feb – Timbalan Prersiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi kepastian bagaimana untuk mendepani harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang telah merudum ke paras terendah iaitu USD 50 se tong.


Katanya, ini kerana tiada petanda bahawa akan berlaku kenaikan harga yang signifikan dalam jangka masa sederhana dan panjang dan tentunya akan mendatangkan kesan besar kepada negara kerana kebergantungan kita kepada pendapatan petroleum.


“Kita akan menghadapi kekurangan pendapatan kerana menteri kewangan telah merangka bajet 2020 dengan unjuran bahawa harga minyak mentah dunia adalah pada kadar melebihi USD 60 se tong,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya.


Maka katanya, kerajaan mesti menjelaskan bagaimana ia akan mendepani ini semua.


“Mungkin agaknya akan banyak lagi cukai baru bakal diperkenalkan? Atau berapa banyak lagi aset negara yang akan dilelong.


“Nampaknya tiada strategi yang jelas dan ampuh di perkenalkan untuk mengurus kemampuan fiskal kerajaan yang terhimpit ini.”


Kata beliau, ini kerana agaknya kerana semua sibuk mencari jalan mempertahankan Kerajaan yang semakin goyah.


Sumber

0 comments:

share2