Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 16, 2020

MUAFAKAT NASIONAL SEBAGAI HARAPAN BARU KEPADA RAKYAT – DR SHAMSUL




RAUB, 16 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, rakyat sedang berhadapan dengan sebuah kerajaan yang tidak diyakini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan lebih parah lagi ia turut tidak diyakini oleh pelbagai pihak.


Jelas beliau, rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan apabila Kerajaan PH tidak berkeupayaan melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga negara.


“Keadaan lebih menyukarkan apabila ketiadaan halatuju jelas baik dari segi polisi dan dasar. Kemana sebenarnya Kerajaan PH hendak bawa negara ini?


“Di tambah pula dengan krisis kepimpinan akibat proses peralihan kuasa yang nampak bermasalah. Ini menyebabkan Kerajaan PH hilang fokus, kebajikan dan kepentingan rakyat tidak diberikan tumpuan. Kesannya, rakyat yang menanggung akibat,” ujar beliau ketika berucap dalam program Muafakat Nasional peringkat Parlimen Raub di Felda Lembah Klau malam tadi.


Tambah Shamsul Anuar, kerana itu UMNO dan PAS harus memperkukuhkan Muafakat Nasional sebagai harapan baru kepada rakyat.


“Halatuju kita ialah mengembalikan kekuatan UMNO, misi kita kembalikan UMNO sebagai parti berkuasa dan memerintah.


“Bagaimanapun untuk mengembalikan kekuatan UMNO, kita mesti membuat persediaan dan merangka strategi yang betul serta tepat. Perkara yang penting, pimpinan, ahli dan penyokong mestilah memperkukuhkan perpaduan dan yakin kepada perjuangan parti.


“Saya yakin dan bagi jaminan bahawa pimpinan UMNO akan lakukan yang terbaik untuk parti. Kita semua sayangkan UMNO, jadi marilah kita bersama menjaga parti ini,” tegas beliau.


Ulas Shamsul lagi, disebabkan rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Muafakat Nasional maka UMNO perlu membuktikan bahawa gabungan dua parti Islam terbesar ini mampu membela serta menjaga rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.


“Namun kita perlu berwaspada kerana pelbagai pihak cuba memecah-belahkan kita. Tapi jika kita bersatu-padu, pasti tiada pihak mampu memecahkan kita,” ujar beliau lagi.


SUMBER – UMNO ONLINE



0 comments:

share2