Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 17, 2020

KLINIK SWASTA DIDENDA RM10,000 .00 KERANA MENJUAL TOPENG MUKA RM1.00




JERANTUT - Pahang mencatatkan kes pertama penjualan topeng muka melebihi harga kawalan selepas sebuah klinik swasta di Kuala Lipis dikesan melakukan kesalahan tersebut.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Jerantut mengesan kes itu Sabtu lalu apabila mendapati topeng muka tiga lapis dijual pada harga RM1 seunit melebihi harga kawalan iaitu 80 sen.

Ketua Cawangannya, Abdul Mubin Ahmad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di klinik itu selepas menerima aduan daripada orang awam.


"Sebanyak 300 keping topeng muka disita dalam operasi tersebut. Pemilik premis yang berusia 56 tahun didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya pada sidang akhbar di pejabat cawangan itu di sini hari ini.


Abdul Mubin memberitahu, kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan kepada pemilik premis terbabit dan dijelaskan oleh pemiliknya.


"Sekiranya gagal dijelaskan dalam tempoh 14 hari, tindakan mahkamah akan diambil dan sekiranya bersalah penalti sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


"Sehingga hari ini, KPDNHEP Jerantut telah memeriksa 64 premis berkaitan penjualan topeng muka," katanya.



SUMBER : SINAR HARIAN

0 comments:

share2