Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 22, 2020

JALAN DAN BEKALAN AIR LENGKAPKAN KEMUDAHAN MASYARAKAT ASLI KAMPUNG SIMPAI




PEKAN, 22  FEBUARI 2020: Projek bina dan naiktaraf jalan sejauh empat kilometer serta bekalan
air secara menyeluruh di Kampung Simpai seperti mana yang diluluskan oleh pentadbiran
Kerajaan BN sebelum ini bakal memberi lebih keselesaan kepada kira-kira 2,000 penduduk di
kawasan tersebut.


Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri
Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, usaha menyediakan
kemudahan kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini terus dilaksanakan tanpa sebarang had
dan syarat.


“Projek bina dan naiktaraf jalan bernilai RM 8.66 juta yang diluluskan Kerajaan BN ini bakal siap
pada November depan dan ia memberi kemudahan kepada penduduk untuk keluar masuk ke
jalan besar.


“Projek bekalan air bernilai RM60 juta yang sedang dijalankan di Kampung Simpai dan 13 buah
lagi kampung Orang Asli di seluruh negeri Pahang juga merupakan satu lagi usaha kita
memastikan penduduk terlibat menerima bekalan air bersih bagi kegunaan harian,” katanya
ketika ditemui selepas taklimat daripada Jurutera Daerah (JKR) dan wakil Felda Water berkenaan
kedua-dua projek di Sekolah Kebangsaan Simpai, di sini.


Hadir sama, Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Zaliza Zulke􀁾i, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya
(JKR), Encik Suhamain Sulan dan Pengurus PAIP Daerah Pekan, Encik Muhamad Faiz Abu Zaki.
Dalam pada itu, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin yang juga ADUN Bebar berkata, sebelum
ini pihaknya telah mengusahakan bekalan air bersih kepada SK Simpai dan kemudahan itu kini
telah dinikmati para guru serta 200 murid sekolah berkenaan.


“Saya berharap agar penduduk menggunakan kemudahan yang disediakan sewajarnya
seterusnya menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.


“Kontraktor yang dilantik juga diingatkan agar memastikan setiap kerja atau pembinaan yang
dilakukan menepati piawaian dan Standard Operation Procesure (SOP) yang ditetapkan


“Antaranya ialah menurap kembali jalan yang ditebuk untuk kerja-kerja penanaman paip dengan
baik sekaligus mengelak kemudahan-kemudahan lain terjejas akibat projek yang dijalankan,”
katanya.


Sementara itu Batin Kampung Simpai, Encik Marjan Aris yang ditemui berkata, usaha
menaiktaraf jalan di kampungnya membawa kemudahan dan banyak kebaikan kepada mereka.


“Sudah pasti saya dan penduduk di sini gembira dengan kemudahan yang disediakan. Sebelum
ini banyak kenderaan kami rosak sebab lalu jalan tanah merah dan berlubang-lubang.


“Jadi, jalan yang disediakan akan kurangkan kos baiki kereta atau motor rosak yang dihadapi
sebelum ini. Begitu juga dengan bekalan air bersih yang diterima dapat memastikan kami dan
seluruh keluarga di sini hidup dalam keadaan yang jauh lebih baik,” katanya. 


SUMBER -PAHANG MEDIA


0 comments:

share2