Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO , Datuk Lokman Noor Adam berkata rakyat sudah letih dipermainkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Tegasnya, kepimpinan PH inilah yang menjadi punca sebenar rakyat makin sengsara, maka ia seharusnya ‘dibuang’ sejauh-jauh yang mungkin supaya negara ini lebih aman dari sekarang.
“Kita hendak menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, maka kita perlu ‘membuang’ Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu sekali. Kita tak nak simpan mereka.
“Dr Mahathir sebenarnya sudah kecewa dan tidak mempeduli tentang negara ini, kalau boleh nak berhenti … tetapi tiada calon yang boleh menggantikan Anwar Ibrahim.
“Dulu mengharapkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggantikannya tetapi apabila video sejenis tersebar … hatinya hancur lebur,” katanya dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Raja Pontian, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, di sini, malam tadi.
Turut hadir dalam ceramah ini ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng; Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muzaidie Makmur; Presiden Veteran MAYC, Datuk Nasir Safar; Ketua PDM Pengkalan Raja Pontian, Hussein Ahmed, serta penduduk-penduduk tempatan.
Lokman turut meminta pengundi tempatan untuk menolak calon PH sebagai tanda menolak kepimpinan Dr Mahathir.
“Jangan sesekali kita bagi nyawa pada ular yang nak jalan ini, kalau dia (Dr Mahathir) sempat mewariskan takhtanya kepada orang yang di percayai, maka kroni-kroni beliau akan terus mendapat kerja dari kerajaan dan anak-anak dia akan selamat daripada penjara.”
Tambahnya, hari ini kedudukan Dr Mahathir sudah sampai ke penghujungnya.
0 comments:
Post a Comment