Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 28, 2019

RAKYAT SEMAKIN SEDAR BN LEBIH BAIK MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT






Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setelah tewasnya UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu, terdapat berbagai hikmah yang dapat diperolehi dan dimanfaati oleh parti.

Katanya, segala pengorbanan dan perjuangan UMNO serta Barisan Nasional (BN) dapat dinikmati oleh rakyat dan membuka minda siapa yang lebih berjasa menjaga kepentingan rakyat.

“Akhirnya rakyat dapat membuka minda dan mensyukuri serta dapat membezakan yang mana satu kerajaan yang boleh menjaga kebajikan atau merosakkan kebajikan rakyat.

“Gugurnya UMNO dan BN di peringkat nasional adalah suatu hikmah agar kita bangun semula, buka minda serta mensyukuri terhadap pemerintah terdahulu.

“Selera parti Pakatan Harapan (PH) terlalu tajam dan sanggup menaburi fitnah dan memecah-belahkan orang Melayu. Kerajaan ini adalah kerajaan yang menipu dan pembohongan mereka akan jatuh suatu hari nanti yang mereka lakukan selama ini,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas Di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Lumut, semalam.

Justeru Mohamad tegas mengatakan kerajaan PH selain dibangunkan dengan menipu dan memfitnah, PH juga merupakan sebuah pakatan yang tiada harapan ‘tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain’.

Mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ujarnya sekarang hanya meminta simpati kepada UMNO agar pemimpin UMNO ‘loncat’ untuk memperkuatkan partinya.

“Hari ini Dr Mahathir bukannya perdana menteri kita dahulu semasa beliau menjadi perdana menteri keempat lalu ia didokong parti yang terkuat dalam parlimen. Tetapi kini beliau memenangi 11 kerusi dan meminta ihsan daripada parti-parti lain.

“Kalau nak tahu Dap bacalah Deklarasi Setapak 1965 yang mana Dap yang cauvinis dan sentiasa menghasut rakyat,” katanya.

Jelasnya juga sebenarnya kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya mahu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan BN jatuh, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mahu mengeluarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, Parti Amanah Nasional (Pan) hanya sekadar penglipur lara ‘dicucuk hidung’ oleh Dap manakala Dap merupakan parti yang cauvinis, rasis dan sering mahu memecah-belahkan orang Melayu.


0 comments:

share2