KUANTAN, 27,7,2019: Pahang akan terus menumpukan sektor
pertanian sebagai ekonomi utamanya memandangkan ia mempunyai tanah yang luas
dan sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti pertanian.
EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri
Pahang, Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak berkata pada masa
ini sahaja sumbangan Pahang dalam eksport negara harus mendapat pengiktirafan
kerana telah mencapai jumlah yang besar.
“Eksport bunga dan sayur dari Cameron Highlands telah
melebihi RM 1 bilion sementara eksport udang aquaculture melebihi RM 20 bilion.
Berucap di perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Pahang 2019 di Kuantan, mewakili Menteri Besar, Dato’ Sri Soffi berkata seramai
lebih 240 ribu ahli persatuan peladang,penternak dan nelayan di Pahang akan
digerakkan dengan lebih berkesan sesuai dengan teknologi terkini.
Menurut beliau teknologi pertanian di Pahang agak
ketinggalan berbanding negara ASEAN lain dan ia akan ditangani dengan segera
bagi memastikan negara dapat bersaing dengan negara Thailand dan Vietnam yang
sedang giat maju.
Lebih 110 pengusaha serta agensi kerajaan menyertai sambutan
HARI PELADANG,PENTERNAK & NELAYAN PAHANG 2019 yang diadakan sehingga esok.
0 comments:
Post a Comment