Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 18, 2019

ASRAMA PEKERJA LADANG TRIANG SELATAN TERBAKAR





TRIANG. 18.6.2019. Sebuah Asrama Pekerja Bangladesh di Ladang Triang Selatan terbakar pagi semalam ketika semua penghuninya keluar bekerja.


Kebakaran dikesan pukul 11.30 pagi apabila  Kerani Hal Ehwal Pekerja (KHEP) Sdr. Muhd Kamal Amir Bin Ismail telah mendapat panggilan telefon dari seorang Pekerja Kawasan Asrama, Husen bahawa ada kebakaran berlaku di Asrama (C) Pekerja Bangladesh.


KHEP  telah memaklumkan kejadian itu kepada AM Akmal Ariffin Bin Sumari menerusi panggilan telefon dan AM telah mengarahkan KHEP untuk memaklumkan kepada Bomba dengan segera.
Pasukan Bomba Triang telah tiba  di Asrama tempat kejadian dan telah mengawal kebakaran dari merebak ke bangunan lain.


Tiada kemalangan jiwa di laporkan  dan punca punca kebakaran dan kos kerugian dalam siasatan.
 

SUMBER BERITA DAN GAMBAR: Azril Ramli


0 comments:

share2