Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 28, 2019

30 JULAI CUTI AM SEMPENA PERTABALAN AGONG





KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan 30 Julai ini cuti am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan.


“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

share2