Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 28, 2019

PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI AKADEMI TENTERA DIRAJA SANDHURST, UNITED KINGDOM.





Kuantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menemani Anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan disini hari ini.


Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menaiki pesawat tepat jam 7.50 malam tadi untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan dari KLIA ke Lapangan terbang Heathtrow London bagi meneruskan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dalam bidang ketenteraan dan Strategik.


Baginda berangkat pulang ke tanah air Khamis lalu apabila menerima berita sedih kemangkatan nenda baginda, Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada pagi Rabu.


Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang,Dato Sri Haji Ishak Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,Dato' Sri Dr Salehuddin Ishak, Mufti Pahang,Sahibus Samahah Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Osman, Exco Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin, Dato’ Sri Norol Azali Sulaiman, Dato’ Mohd Fakharuddin Ariff dan Dato’ Nazri Ngah, pegawai kanan kerajaan, Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang.


Semoga Pemangku Raja Pahang selamat tiba ke destinasi yang dituju, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah serta berjaya dalam bidang pengajian yang diceburi.


SUMBER:

UNIT KOMUNIKASI MEDIA PAHANG..
YB. Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang/ ADUN Bebar.

0 comments:

share2