Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 29, 2019

[KUANTAN] TIADA KADAR SEWAAN TINGGI DIKENAKAN MPK



Image result for majlis perbandaran kuantan




Kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengenakan kadar sewaan tinggi kepada peniaga bazar Ramadan di sekitar daerah ini adalah tidak benar.

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norkamawati Kamal berkata, penggerai di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu hanya membayar kepada penganjur antara RM500 ke RM2,600.

Katanya, penganjur yang mengenakan kadar sewaan tinggi itu ialah Perbadanan Stadium Darul Makmur dan tiada kaitan dengan MPK.

“Di kawasan berkenaan (pekarangan stadium), MPK hanya boleh mengenakan permit RM180 mengikut akta ditetapkan, kadar sewaan lain terpulang kepada pihak perbadanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Presdien Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli

dilaporkan berkata, MPK seharusnya membantu peniaga bazar Ramadan di daerah ini untuk menjalankan perniagaan bukannya membebankan mereka dengan menetapkan kadar sewaan tinggi.

Katanya, beliau telah melakukan pemantauan di beberapa bazar Ramadan di daerah ini dan mendengar sendiri rungutan daripada peniaga di situ antaranya berhubung kadar sewaan yang terlalu tinggi iaitu antara RM8,000 ke RM12,000.

Mengulas lanjut, Norkamawati berkata, MPK sentiasa menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang terdapat di daerah ini.

“Dengan adanya penganjuran program bazar Ramadan ini.dapat memajukan ekonomi setempat,” katanya.


0 comments:

share2