PETALING JAYA: Persatuan pemandu teksi tidak bersetuju dengan
keputusan kerajaan berhubung peraturan baru cermin gelap bagi bahagian sisi
penumpang dan belakang kenderaan dan menganggap keputusan Menteri Pengangkutan,
Loke Siew Fook kurang bijak.
Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin
Ismail berkata, keputusan kerajaan ini meletakkan tahap keselamatan pengguna
kenderaan, termasuk teksi dalam bahaya dan akan menimbulkan lebih banyak gejala
tidak sihat.
“Saya bersetuju dengan pihak polis yang buat kenyataan awal
mereka tidak dimaklumkan dan tidak bersetuju. Bagi saya, ia tidak bijak kerana
mengundang banyak lagi gejala tidak sihat dan membuka ruang kepada banyak salah
laku, antaranya rompakan terhadap pemandu teksi atau pengguna, termasuk Grab.
“Kita bimbang akan wujudkan kes rogol, cabul, pemandu
dirompak, penumpang dicabul dan sebagainya, sekarang ini ada larangan cermin
hitam pun macam-macam jenayah berlaku,” katanya.
Shamsubahrin berkata, pihaknya tidak akan menggelapkan
cermin teksi walaupun kerajaan membenarkannya.
“Tetapi kalau pemandu teksi nak pasang cermin gelap dia kena
mohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, kena ikut syarat bayar RM5,000.
Saya rasa pemandu tidak akan buat, kecuali pemandu itu ada niat nak merompak,
nak cabul, ada niat jahat,” katanya.
Shamsubahrin turut mendakwa kerajaan terlalu tunduk kepada
golongan kaya kerana membenarkan penggunaan cermin gelap.
“Cermin hitam bukan satu kepentingan. Bagi kita, kalau untuk
orang sakit, menteri – itu cukuplah. Orang kaya, VVIP ini tak payah.”
“Kenapa nak utamakan orang kaya? Buka untuk orang awam itu
hanya alasan sebabnya nak bantu orang kaya sahaja, jadi dia guna alasan buka
kepada semua,” katanya.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment