Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 1, 2019

KERAJAAN PAHANG AKAN KAJI SEMULA KELULUSAN PERMIT PERTANIAN DI KAWASAN TANAH TINGGI



Kuantan - Kerajaan akan kaji semula pemberian dan kelulusan permit-permit pertanian di kawasan tanah tinggi di Cameron Highlands yang berisiko kepada berlakunya hakisan dan tanah runtuh.


Demikian dimaklumkan oleh YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang sejurus selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada rabu lalu 30.1.2019.


Kerajaan Pahang akan menghubungi penanam sayur dan bunga terutama di kawasan risiko tinggi Lembah Bertam untuk meminta mereka menghentikan aktiviti penanaman sayur dan bunga.


Tindakan ini selaras dengan saranan Menteri Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli YB Xavier Jayakumar yang meminta Kerajaan Negeri Perak dan Pahang mengambil tindakan tegas kepada pekebun di tanah tinggi.




           

0 comments:

share2