Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 21, 2019

CALON PH PEJUANG HOSPITAL UNTUK SEMENYIH...? SATU LAGI JAMJI PALSI DITABUR





Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz membidas calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali yang menabur janji akan memperjuangkan pembinaan hospital di kawasan terbabit jika menang.

Beliau menyifatkan itu adalah satu lagi janji palsu yang cuba digula-gulakan kepada rakyat.

“Janji manis calon PH Aiman ialah untuk bina hospital Semenyih…. Saya rasa ini janji palsu lagilah kerana tapak sudah ada… kenapa saya cakap janji palsu sebab Datuk Seri Najib Tun Razak seminggu sebelum bubar Parlimen semasa PRU-14, dalam bulan empat telah meluluskan RM300 juta untuk tujuan ini di Sungai Jelok… waktu itu Sungai Jelok dalam DUN Kajang.

“Saya telah memohon untuk pembinaan atau naik taraf hospital. Saya minta Aiman silalah melawat ke tapak pembinaan di Sungai Jelok, belakang Kajang High School.
“Pembinaan wad bersalin dan kanak-kanak akan dipindahkan dari Hospital Kajang ke Semenyih. Jadi, ini salah satu lagi janji palsu dan rakyat Semenyih akan ‘kena kencing’ lagi dengan calon PH,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Untuk rekod, hospital Semenyih menjadi satu daripada agenda calon PH kepada kerajaan negeri jika berjaya memenangi PRK DUN Semenyih.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad pula menyifatkan ‘janji untuk membina hospital’ di Semenyih sebagai tidak munasabah dan tiada sebarang perbincangan dilakukan untuk menyediakan kemudahan hospital di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, untuk kawasan seperti Semenyih, pembinaan klinik kesihatan lebih wajar berbanding sebuah hospital. 

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/


0 comments:

share2