Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 6, 2018

#PERHIMPUNANBERSEJARAH PAS UMNO DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-4 MALAM INI






Buat pertama kali dalam sejarah pemimpin utama daripada Pas dan UMNO akan berkongsi satu pentas ceramah di negeri ini iaitu di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-4 di sini pada pukul 8.30 malam ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan bersama menyampaikan pidato dalam #PerhimpunanBersejarah – Isu-Isu Semasa UMNO Pas, Umat Islam Bangkit Menentang ICERD tersebut.

Tidak dinafikan, telah ada pemimpin Pas dan UMNO berkongsi satu pentas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Kelantan tetapi itu adalah atas dasar hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Kali ini, mereka berkongsi satu fikrah yang sama iaitu demi kepentingan Islam dan Melayu.
Malah sejak dua minggu lalu, pemimpin sayap Pemuda dan peringkat bahagian atau kawasan UMNO serta Pas telah bersama mengadakan ceramah mengenai isu-isu semasa di seluruh Kelantan.

Biarpun tiada kerjasama politik atau hanya disebut atas dasar ‘kebersamaan’ dalam isu-isu tertentu namun banyak pihak melihat ini adalah petanda baik untuk kedua-dua parti itu menjalinkan hubungan yang lebih erat.

Semenatara itu, Annuar dalam pesanan ringkas melalui WhatsApp menjemput seluruh rakyat negeri ini untuk hadir dalam perhimpunan bersejarah itu.

“Ceramah Pas dan UMNO pertama, Khamis 6/12/18, jam 8.30 malam.

“Saya bersetuju untuk bersama Timbalan Presiden Pas, YB Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsi pentas ceramah di perkarangan stadium Sultan Muhammad keIV kb. Semua dijemput meramaikan himpunan bersejarah ini,” katanya

0 comments:

share2