Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 14, 2018

PAHANG PERLUAS GUNA TULISAN JAWI



Pahang perluas guna tulisan jawi



Penggunaan tulisan Jawi akan diperluaskan di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan termasuk Pejabat Pendidikan di seluruh negeri, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah, tindakan itu adalah sebagai usaha istana dan kerajaan mahu memperkasakan tulisan tersebut.

“Tulisan Jawi perlu diajar di sekolah sehingga ke peringkat universiti dan pertandingan menulis dalam bahasa Jawi misalnya akan meningkatkan lagi rasa sayang dan cinta pelajar terhadap tulisan itu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Anggota Exco Kerajaan Negeri.

Tengku Abdullah dalam pada itu berterima kasih kepada Majlis Daerah Pekan (MDP) yang telah mengeluarkan pekeliling kepada semua pemegang lesen premis perniagaan untuk menambah tulisan Jawi di papan iklan sedia ada.

“Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan JKR Pekan kerana telah menggantikan papan tanda jalan utama dengan menambah tulisan Jawi ke atasnya,” titah baginda.


0 comments:

share2