Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 14, 2018

MUIP AGIH ZAKAT RM557,694 KEPADA PENYEWA MISKIN



Abd Rahim Muda



Seramai 170 penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) menerima bantuan zakat daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi membantu mengurangkan tunggakan sewaan rumah.

Bantuan zakat berjumlah RM557,694 itu diagihkan kepada penyewa miskin dan tidak mempu membayar hutang (al- Gharimin).

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda berkata, bantuan zakat itu sudah diterima bagi membantu mengurangkan tunggakan sewa penyewa terlibat.

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah kutipan tunggakan sewaan PAKR hanya RM1.1 juta berbanding tunggakan lebih RM9 juta.

“Dalam tempoh itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan penguatkuasaan kepada 330 penyewa melalui notis batal perjanjian dan kosongkan rumah manakala 52 lagi dikenakan notis batal perjanjian sewa.

“Melalui tindakan penguatkuasaan ini, 52 unit rumah ditarik balik,”katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abd Rahim berkata, dalam tempoh sama tahun ini, pihaknya berjaya mengutip RM15.1 juta tunggakan hasil bagi cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga berusaha untuk mengutip hasil PBT daripada notis kesalahan dikeluarkan yang mencecah RM2.8 juta,”katanya.


0 comments:

share2