Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 21, 2018

[KUANTAN] TOLAK DASAR KESAKSAMAAN FAHAMAN BARAT



Tolak dasar kesaksamaan fahaman barat



Pembaharuan dan perubahan kepada dasar sosial politik negara tanpa ada kajian mendalam boleh mengundang kemudaratan yang tiada berkesudahan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ini kerana ia akan mengubah landskap sosial politik yang unik melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman barat.

Titahnya, dasar sosial politik ini telah dirangka oleh orang asing yang tidak mengambil kira keunikan, kepelbagaian, kesucian ugama dan sensitiviti rakyat dan kedualatan Raja-Raja Melayu.

“Saya bimbang terhadap perkara ini (pembaharuan dan perubahan kepada dasar sosial politik negara).. jadi saya minta rakyat supaya hitmati dasar yang dipersetujui semua kaum kerana perkara itu merupakan tunjang utama kepada perpaduan dan keharmonian negara.

“Ini kerana dasar itu merupakan keunikan yang diperkenan oleh raja-raja Melayu bagi membentuk sebuah negara merdeka dan dinyatakan dengan jelas dalam pelbagai peruntukan Perlembagaan Persekutuan,”titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Masjid Sultan Ahmad 1, semalam.

Berkenan berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang hadir sama Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco kerajaan negeri.


0 comments:

share2