Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 21, 2018

MASZLEE! JANGAN SALAH GUNA KUASA MENTERI



Maszlee! Jangan Salah Guna Kuasa Menteri



BIDAS… Selepas akui secara terbuka di Dewan Rakyat semalam, Dr. Maszlee Malik dinasihatkan agar tidak pula salah guna kuasa dirinya sebagai individu paling berkuasa di kementeriannya.

Nasihat tersebut diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya yang tegur Menteri Pendidikan itu berhubung kenyataannya di Parlimen semalam, sekali gus calar imej Pakatan Harapan (PH) yang jauh lebih teruk.

“Biar betul Maszlee! Janganlah salah gunakan kuasa!” kicaunya yang juga peguam menerusi akaun sosial Twitter sambil bidas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu kerana bertindak seperti era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Semalam, Maszlee dalam ucapan penggulungan peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat berkata, ahli Parlimen bukan PH perlu dapat kebenaran pengarah pendidikan negeri sebelum lawat sekolah di kawasan parlimen sendiri.

Katanya, arahan ketat itu berdasarkan satu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan bertujuan memastikan wakil pembangkang tidak cuba sampaikan kenyataan berunsur negatif di sekolah terbabit.

Maszlee ketika jawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN Tanjong Karang) akui sekatan aneh ini hanya kena terhadap Ahli Parlimen pembangkang sahaja, manakala wakil PH dibenar untuk keluar masuk institusi pengajian kerajaan.

Persoalan ini timbul ekoran halangan terhadap ahli Parlimen PAS Jerai, Sabri Azit, yang dilaporkan semalam tidak dibenarkan hadir satu program sekolah tanpa diberikan sebab jelas meskipun tidak beri sebarang ucapan terbuka.

Namun isu ‘panas’ ini turut dapat teguran beberapa pemimpin PH dan hari ini, Bersih 2.0 pula desak Maszlee tarik balik arahan yang dianggap berat sebelah apabila mewajibkan ahli politik pembangkang dapat kebenaran rasmi.

Sebaliknya, jawatankuasa pemandu organisasi itu dalam satu kenyataan mencadangkan supaya dasar baharu yang tidak berat sebelah dilaksanakan jika timbul kebimbangan ketika ahli politik bukan kerajaan memasuki sekolah.

“Sekiranya terdapat kebimbangan terhadap ahli politik bukan PH yang mahu memasuki sekolah, maka perlu ada dasar untuk semua ahli politik tanpa mengira daripada parti mana. Kami tidak persoal hak kementerian itu.

“Mereka berhak untuk mengenakan dasar atau memberi garis panduan demi melindungi sekolah daripada sebarang pengaruh negatif, tetapi kita mempersoalkan pelaksanaan dasar yang berat sebelah,” kata kenyataan Bersih 2.0.

Badan pro-PH tersebut turut mengingatkan Maszlee bahawa tindakan membezakan Ahli Parlimen pembangkang yang dipilih secara demokrasi dianggap seperti tidak hormati kehendak majoriti pengundi di kawasan berkenaan.

“Dalam demokrasi pelbagai parti, pengundi berhak pilih wakil parti bertanding dan mereka tidak wajar dinafikan khidmat oleh wakil rakyat terpilih walaupun wakil itu di pihak pembangkang selepas pilihan raya berlalu,” katanya.

Menurut kenyataan Bersih 2.0 lagi, pihak pembangkang semasa pemerintahan BN sebelum ini sering mengadu bahawa mereka langsung tidak dibenarkan memasuki sekolah awam, sedangkan wakil rakyat BN pula dibenarkan.

“Persoalannya kini adakah kerajaan baharu PH akan berbuat perkara yang sama kepada pihak pembangkang hari ini sebagai mana apa yang mereka lawan dahulu semasa mereka masih lagi bergelar parti pembangkang?

“Sudah menjadi kebiasaan untuk pihak sekolah jemput Ahli Parlimen di kawasan mereka hadiri acara di sekolah. Ada cara sekiranya kerajaan bimbang mesej yang dibawa oleh ahli politik tidak sesuai untuk suasana persekolahan.

“Kerajaan PH sepatutnya tetapkan panduan untuk semua ahli politik yang ingin ziarahi sekolah,” katanya. Maszlee ketika sesi gulung perbahasan Belanjawan 2019 di Parlimen, semalam sekali lagi jadi perhatian banyak pihak.

Ini kerana beliau berkata, Ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah awam milik kerajaan untuk hadiri sebarang program perlu mendapatkan kebenaran khas daripada pihak Kementerian Pendidikan.

Katanya, pekeliling juga sudah dikeluarkan bahawa permohonan perlu dibuat kepada kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri jika wakil rakyat terbabit berhasrat berbuat demikian.


0 comments:

share2