Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 15, 2018

[KUANTAN] GUNA BUKU MODUL ILMU FALAK



Guna buku modul Ilmu Falak



Kesemua sekolah agama di negeri ini akan menggunakan buku Modul Kurikulum Ilmu Falak terbitan Pejabat Mufti Pahang, bermula tahun hadapan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ini kerana buku berkenaan merangkumi pelbagai topik membabitkan ilmu falak dan perbincangan mendalam mengenai isu membabitkan ilmu berkenaan.

Baginda yakin Pejabat Mufti Pahang sudah pasti melakukan penyelidikan teliti dalam topik tersebut.

“Saya percaya topik ini dan buku berkenaan boleh menjadi rujukan pelbagai pihak yang berminat dalam ilmu falak.

"Selain itu, saya juga difahamkan buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di negara ini dan sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada pelajar sekolah agama di Pahang yang akan menggunakan buku ini sebagai antara buku pelajaran mereka bermula tahun hadapan," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang anjuran Pejabat Mufti Pahang di Dewan Astaka, Hotel Grand Darul Makmur, semalam.

Hadir sama, Mufti Pahang, Dato' Sri Dr Abdul Rahman Osman dan Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.


0 comments:

share2