Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 15, 2018

BARU KENA DI FB DAH U-TURN? KALAU MOGOK LAPAR, GULING ATAS JALAN RAYA MAU PENGSAN MASZLEE...






Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ‘memuji’ Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘u-turn’ mengembalikan semula bantuan-bantuan kepada golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang tiada dalam senarai belanjawan mereka.

Ini kerana di dalam Bajet 2018, belanjawan di ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak memberi bantuan dan kemudahan kepada golongan pelajar, jelas Najib.

“Saya guna Facebook bersuara sedikit sahaja Maszlee dah tercungap-cungap berlari ke Kabinet minta kembalikan Baucar Buku.

“Belum lagi mahasiswa-mahasiswi kita mogok lapar, guling-guling atas jalan raya. Pengsan Maszlee nanti.

“Baguslah, perkara baik macam Baucar Buku mereka nak ‘u-turn’, ‘u-turn’ lah,” ujar Najib dalam status terkini di Facebooknya.

Najib seterusnya mengajak para graduan dan mahasiswa bersama-sama membuat tuntutan kepada Kerajaan PH mengenai kebajikan mereka.

“Kalau Kerajaan tak boleh hormati dan tepati janji untuk hapuskan atau tangguh PTPTN, sekurang-kurangnya kembalikan apa yang saya berikan dulu seperti kembalikan dasar pengecualian bayaran balik PTPTN atau biasiswa kepada semua yang mendapat Ijazah Kelas Pertama.

“Diskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dan diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit,” katanya.

Selain itu, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan turut menggesa kerajaan PH agar mengekalkan dasar ‘grace period’ pembayaran balik pinjaman yang telah beliau umumkan daripada enam bulan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian.

“Kekalkan Pemberian Insentif Khas Geran Sepadan RM500 kepada pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN. Ini semua yang saya umumkan dalam Bajet 2018 BN tahun lepas.

“Jika dulu saya dan Kerajaan BN dengan Bajet RM280 bilion sahaja boleh buat, hari ini tak ada alasan Kerajaan PH yang bangga sangat dengan Bajet lebih RM300 bilion tak boleh buat!” tegas Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan.



0 comments:

share2