Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 14, 2018

JAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM - TENGKU ABDULLAH


Jaga kesucian agama Islam: Tengku Abdullah


Tiga konsep yang perlu diamalkan oleh umat Islam dalam memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara dalam kehidupan seharian.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tiga konsep itu ialah sikap toleransi, kerjasama dan saling percaya.

Titahnya, sekiranya dapat mengikuti kesemua konsep itu sudah pasti ia dapat mewujudkan keharmonian, terutamanya dalam negara berbilang kaum dan fahaman agama seperti Malaysia.

"Agama Islam sentiasa mendidik umatnya ke arah tiga konsep itu dan umat Islam perlu ingat bahawa agama kita tidak menggalakkan perpecahan mahu pun permusuhan," titahnya.

Baginda bertitah merasmikan Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang anjuran Pejabat Mufti Pahang di Dewan Astaka, Hotel Grand Darul Makmur, hari ini.

Hadir sama, Mufti Pahang, Dato' Sri Dr Abdul Rahman Osman dan Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.


0 comments:

share2