Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 4, 2018

[TEMERLOH] CERMIN DIRI MASING-MASING



Cermin diri masing-masing: Mohd Sharkar



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin meminta semua pemimpin parti menilai diri mereka sebelum bertindak.

Beliau yang juga calon Parlimen Temerloh dan Dun Lanchang itu mengulas berikutan tindak tanduk ala samseng yang ditunjukkan parti pembangkang berikutan beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.

“Kita mesti berkempen cara sihat. Tidak menanamkan sifat kebencian. Kita harap supaya di Temerloh mana-mana parti yang bertanding amalkan sikap terbuka, sopan-santun, tidak menabur fitnah dan menggunakan kata-kata kesat.

“Kita kesal kerana mereka adalah pemimpin tertinggi tetapi tidak menunjukkan contoh yang baik. Kita yang diletakkan oleh rakyat tempat yang tinggi harus tunjukkan sikap yang baik,” katanya kepada pemberita selepas walkabout di Pasar Malam Mentakab, kelmarin.

Katanya, masing-masing berpegang kepada kepercayaan agama dan setiap satu menyeru ke arah yang baik.

“Jadi sepatutnya mereka malu pada diri sendiri, cermin dan tengok atas bawah siapa diri kita, siapa kita sebenarnya.

“Kita harap budaya kasar, kesat, tidak sopan ini tidak berterusan.. patutnya jangan fikir soal parti, kita tolak pemimpin sebegini kerana tidak mahu ia jadi budaya untuk generasi akan datang,” katanya lagi.


0 comments:

share2