Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 3, 2018

[KUANTAN] PLSB KURANG IMPAK BANJIR SUNGAI BELAT



PLSB kurang impak banjir Sungai Belat



Pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu ( PLSB) Sungai Kuantan yang membabitkan kos RM445 juta adalah langkah kerajaan mengurangkan impak banjir di daerah ini.

Projek kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini merangkumi pakej 1 iaitu projek menaik taraf dan membina Struktur Pencegah Banjir Sungai Belat dan Sungai Pandan Ban Pencegah Banjir serta mendalamkan sebahagian Sungai Kuantan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suhaimi Mamat berkata, Rancangan Tebatan Banjir sungai Kuantan Fasa II yang melibatkan Projek Menaiktaraf Sungai Belat dan Membina Struktur Pencegah Banjir akan beri manfaat kepada 35,680 penduduk di kawasan banjir seluas 1,225 hektar.

"Kuantan antara lokasi yang tidak terkecuali berhadapan risiko banjir,hakisan sungai,hakisan pantai yang berlaku hampir setiap tahun terutamanya ketika musim tengkujuh.

"Projek yang melibatkan kos hampir RM120 juta ini dijangka siap pada tahun 2021 dan akan melibatkan kerja-kerja menangani masalah limpahan air dari Sungai Belat ke kawasan berhampiran," katanya ketika berucap sempena Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kuantan; Menaiktaraf Sungai Belat dan Membina Struktur Pencegah Banjir Serta Kerja-Kerja Bwekaitan di Kampung Teluk Mahang di sini, hari ini.

Hadir merasmikan majlis, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Dato' Sri Shafik Fauzan Sharif yang juga penyandang Dun Inderapura.

Suhaimi berkata, projek itu antara lain merangkumi pembinaan ban tebatan banjir sepanjang 13.4 kilometer (km), mendalamkan Sungai Belat dua (km), perlindungan tebing sungai sepanjang 2.6 km , pembinaan tiga rumah pam dan pembinaan jambatan.

"Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar seperti di Taman Guru , Teluk Mahang dan Kampung Kurnia.

Sementara itu , Shafik Fauzan berkata, inisiatif itu bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk yang sering terbabit dengan bencana banjir.


0 comments:

share2