Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 19, 2011

Anwar Tetap Ketua Pembangkang Walaupun Dipenjara.

Lim Guang Eng menegaskan, Anwar tetap akan jadi Ketua Pembangkang walaupun kemungkinan Anwar akan dihukum penjara. STAR melaporkan demikian.

Menurut beliau lagi, Anwar kekal Ketua Pembangkang jika Anwar masih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Buat masa ini, PR belum bercadang membincangkan penganti Anwar jika Anwar dipenjarakan.

Jelas PR tidak serius dengan matlamat mereka. Walaupun Lim Guang Eng mendakwa, PR tetap kuat dan komited dengan pelan reformasi mereka andainya Ketua Pembangkang mereka dipenjarakan, namun ketidaksediaan LGE menjawab siapa pengganti Anwar menunjukkan PR melaksanakan perancangan separuh masak. Mereka hanya minta dengan kuasa.

Sepatutnya, dengan kemungkinan besar Anwar akan dipenjarakan, perkara sebegini sudah patut dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR. Mereka perlu lebih siaga jika mereka ingin mengantikan BN.

Hakikatnya, DAP tidak mahu berbincang dengan PAS kerana tidak mahu kepimpinan ulama menerajui PR. PAS juga tidak mahu DAP chauvanist Cina menerajui PR. 

Mereka tidur atas tilam yang sama, tetapi mimpi lain-lain.

0 comments:

share2