Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 4, 2018

[MARAN] SETUJU GAJI MINIMUM RM1,500



Setuju gaji minimum RM1,500



Kementerian Sumber Manusia menyambut baik penyelarasan gaji minimum RM1,500 sebulan yang dicadangkan perdana menteri 1 Mei lalu.

Timbalan Menterinya, Dato' Sri Dr Ismail Abdul Muttalib bagaimanapun berkata, gaji minimum itu perlu disemak bagi menyelaras dan mengikut kesesuaian majikan dengan pembangunan dan ekonomi negara.

Ismail yang juga calon BN P087 Maran berkata, penyelarasan gaji minimum di negara ini disemak dua tahun sekali oleh Jawatankuasa Semakan Gaji Pekerja membabitkan Majlis Penyelarasan Tindakan Gaji Negara, ILO, majikan, Kementerian Sumber Manusia dan Bank Dunia.

"Pada masa ini, gaji minimum yang ditetapkan adalah RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920,00 Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri ketika ketika berucap sempena Hari Buruh 1 Mei lalu berkata, kerajaan akan melaksanakan penyelarasan gaji minimum baharu bagi pekerja di negara ini dan ia sememangnya termasuk dalam manifesto BN," katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Tahlil dan Ramah Mesra Penghuni Taman Berkat Mutiara Maran, malam semalam.

Hadir sama calon BN Dun Luit Nurhidayah Mohd Shahaimi dan Pengerusi Taman Berkat, Mohd Nizam.

Dalam perkembangan berkaitan Ismail berkata, kerajaan menyediakan 3 juta peluang pekerjaan baharu untuk rakyat serta akan membina lebih banyak rumah mesra rakyat dan perumahan rakyat.

"Ini membuktikan kerajaan BN mampu dan bukan janji retorik atau janji kosong sepertimana pembangkang," katanya.

Sehubungan itu beliau mengesa rakyat supaya terus menyokong kerajaan BN yang terbukti berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan saksama serta berjaya mengekalkan keharmonian dan kestabilan politik serta ekonomi negara.

"Jangan terpengaruh janji janji kosong pembangkang yang muncul apabila ada pilihan raya. Juga jangan mudah untuk menukar kerajaan sedia ada. Jangan hanya sedikit perkara dan masalah sudah marah kerajaan.

"Tukar kerajaan baharu kerana marah dan tidak puas hati, belum pasti menjanjikan keselesaan atau kebaikan, tetapi berfikirlah secara rasional dan keluar mengundi 9 Mei ini kerana mengundi adalah hak rakyat untuk membuat pilihan,"tegasnya.


0 comments:

share2