Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 4, 2018

[INDERA MAHKOTA] CALON JANJI USAHAKAN WUJUD MINI HOSPITAL



Calon janji usahakan wujud mini hospital dan RTC di Sungai Ular



Mini Hospital dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) antara kemudahan yang amat diperlukan rakyat di Sungai Ular.

Itu antara tumpuan calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato' Dr Johan Mat Sah yang melihat kemudahan itu wajar disediakan untuk manfaat rakyat.

Johan berkata, faktor jarak yang jauh dengan bandar Kuantan menyebabkan sebahagian wanita mengandung di Sungai Ular terpaksa ke Hospital Kemaman untuk bersalin.

"Hal ini akan mempengaruhi maklumat pada dokumen pengenalan diri mereka.

"Justeru, saya melihat kemudahan itu penting di kawasan Sungai Ular malah tapak pun sudah dikenal pasti,"katanya kepada media selepas Program Ukhwah Islamiah di sini.

Hadir sama, calon BN Dun Beserah, Dato' Suhaimi Sulong.

Johan berkata, selain mini hospital, RTC juga akan dibina bagi memudahkan penduduk membuat pelbagai urusan dan tidak perlu ke bandar Kuantan.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi fokus terhadap keperluan rakyat.

"Justeru, jika rakyat memilih BN kali ini, semua itu akan menjadi prioriti saya di samping pelbagai pembangunan lain akan dilaksanakan,"katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata, sejak tempoh kempen, dia sudah turun padang ke kawasan hampir 85 peratus.

Katanya, baki tempoh kempen akan dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kemenangan menjadi milik BN.


0 comments:

share2