Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 4, 2018

[BENTONG] PENDUDUK DAKWA TAK PERNAH TENGOK WAKIL RAKYAT LAMA



Penduduk dakwa tak pernah tengok wakil rakyat lama



Penduduk Felda Mempaga dekat sini mendakwa kecewa kerana wakil rakyat DAP sebelum ini tidak menjenguk keadaan mereka.

Ada juga yang berjanji mahu menukar wakil rakyat pada PRU14.

Maimon Muda,58 mendakwa nasibnya bersama penduduk di kawasan itu tidak pernah dipedulikan sebelum ini.

"Kami bagaikan pungguk rindukan bulan. Saya pun dah lima tahun terlantar sakit tapi tiada wakil rakyat bertanya khabar.

"Siapa Lee Chin Chen tu, saya tak pernah tahu dan lihat dia selama ini, mustahil lah nak jumpa beliau kecualilah dia datang rumah saya, katanya ketika ditemui baru-baru ini," katanya.

Maimon juga terkejut apabila dua tahun lepas ada wakil kerajaan yang sudi berkunjung dan bertanya khabar.

"Pada masa itu saya terkejut kerana tidak mengenali beliau... Dia datang bukan sahaja untuk bertanya khabar tetapi turut memberi bantuan. Beliau bagitahu akan menjadi calon bertanding di Dun Ketari

"Saya gembira sekali dan besar harapan untuk menang dan membela nasib kami masyarakat di Felda Mempaga ini khususnya yang sakit, dia bagaikan hero bagi kami,"katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini hari ini

Sementara itu calon BN bagi kerusi Dun Ketari Datuk Lau Hoi Keong berkata, sudah tiba masanya pengundi di sini menolak pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita dapat lihat helah mereka apabila mereka lari ke kawasan lain serta menabur janji baru malah meletakkan calon baru yang tidak pernah turun padang sebelum ini tetapi memberi janji baru katanya ketika melakukan lawatan ramah mesra bersama penduduk Felda Mempaga Tiga di sini.


0 comments:

share2