Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 4, 2018

[PEKAN] GOLONGAN YANG KECEWA DAN CEMBURU DENGAN KEJAYAAN BN



Golongan 'pencen' kecewa dan cemburu dengan kejayaan BN



Kenyataan yang dikeluarkan oleh golongan 'pencen' adalah bukti kekecewaan

di atas kejayaan setiap polisi diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sejak dilantik pada tahun 2009.

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil melabelkan tiga individu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai kumpulan 'pencen' itu.

Menurutnya, ia dilihat daripada sambutan diterima ketika mereka dijemput di beberapa ceramah politik pembangkang.

"Memang kalau kita lihat sambutan diterima pada ceramah anjuran pembangkang, yang disertai kumpulan 'pencen' ini begitu ramai yang datang.

"Namun kita kena ingat kemungkinan mereka yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan adalah terdiri daripada kumpulan penyokong yang mengikuti siri ceramah itu dari satu lokasi ke lokasi lain... bukannya semua pengundi kawasan terbabit.

"Satu lagi (kemungkinan), media sosial mereka (pembangkang) memainkan peranan... mereka ambil gambar dan tampal bagi menampakkan jumlah yang datang itu ramai," katanya kepada media selepas menghadiri Program Salam Sayang Bersama Penduduk Orang Asli di Kampung Arong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Pahang, Dato' Roslin Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pekan, Dato' Zalmah Abd Rahman.

Kira-kira 200 penduduk perkampungan Orang Asli hadir pada program anjuran bersama Wanita Umno Bahagian Pekan.

Tambah Sahrizat, kumpulan 'pencen' itu sudah lupa Wanita Umno pernah mempertahankan mereka.

"Ketiga-tiga mereka juga ada skandal semasa masih bersama kerajaan. Kalau kita nak kira masalah ketika zaman Tun Dr Mahathir, Tun Daim dan Tan Sri Rafidah... banyak lagi yang rakyat tidak tahu dan kalau (rakyat) tahu, boleh terkejut dan terbaring dibuatnya.

"Ketika itu, kamilah (Wanita Umno) yang menjadi benteng mempertahankan mereka... sekarang, apabila sudah 'pencen', mereka ini berpaling tadah dan menyerang Dato' Sri Najib.

"Saya yakin, rakyat tidak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka (pembangkang) cuba lakukan... ini kerana, rakyat tidak akan memperjudikan masa depan mereka dan anak-anak mereka kepada pihak pembangkang yang tidak mempunyai rekod dalam membantu rakyat," katanya.


0 comments:

share2