Jalan untuk ke Taman Rimba Kenong ketika musim hujan
Chalet dan kawasan persekitaran yang tak diurus tidak lama dulu
Jika gajah pun boleh berak dan bersantai berhampiran dengan dewan makan,
dimanakah mereka yang bertanggungjawab menjaganya ketika itu?
Taman Rimba Kenong adalah sebuah destinasi pelancongan berasaskan eko pelancongan yang menarik untuk dikunjungi kerana kepelbagaian sp flora dan faunanya. Namun kebelakangan ini namanya hampir tenggelam dalam industri pelancongan negara.
Taman Rimba Kenong yang terletak bersempadan dengan Taman Negara adalah dibawah kawalselia Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Dengan terbinanya jalan singkat dari Cameron Highland ke Kuala Lipis ramai percaya Taman Rimba Kenong mampu menarik lebih ramai bilangan para pelancong berkunjung kesana, namun itu semua tidak menjadi kenyataan.
Kerajaan Negeri Pahang serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan khususnya Jabatan Perhutanan sendiri perlulah memainkan peranan yang lebih berkesan lagi. Banyak pendapat percaya bahawa Taman Rimba Kenong mampu menjadi pilihan alternatif selain dari Taman Negara kerana faktor jaraknya. Namun oleh kerana kurang perhatian yang diberikan maka Taman Rimba Kenong sudah jadi sebagai gergasi yang mendiamkan dari atau mati.
Pemajak yang kurang berkemampuan serta kurang memberi perhatian kepada mutu perkhidmatan dan kawasan persekitaran adalah salah satu punca kemerosotan pelancong. Selain itu faktor perhubangan yang sukar, iaitu jalan raya untuk sampai ke base camp juga membuatkan pelancong sukar untuk sampai ke sana. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan perlu memberikan tumpuan khusus kepada pembinaan jalan raya ke Taman Rimba Kenong yang kelak dapat dikongsikan bersama oleh penduduk di beberapa buah perkampongan tradisional seperti Kg. Dusun serta Kg. Matuk.
Pembinaan kepada pembangunan yang tidak perlu hanya membazirkan peruntuka kerajaan semata-mata, sebagai contohnya pembinaan 'Canopy Waklkway' yang bernilai ratusan ribu ringgit musnah dan sia-sia saja apabila runtuk dan musnah dan tidak dapat digunakan langsung. Kita harap alasan pembinaannya dahulu bukanlah kerana ada kepentingan pihak tertentu.
ada kesilapan sebab itu kuala kenong tidak lagi jadi destinasi pelancongan yg baik.