Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 27, 2018

BENARKAH SKANDAL FOREX BANK NEGARA ADALAH KERUGIAN DAN BUKAN KECURIAN ?







Itulah yang sering diperbahaskan oleh orang-orang yang tidak tahu bagaimana kecurian boleh dilakukan dalam urusniaga jualbeli matawang. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca bagaimana sesuatu kecurian boleh berlaku dalam urusniaga matawang Bank Negara tetapi secara zahirnya nampak ia hanyalah kerugian disebabkan urusniaga jual beli. 

Jika kita tahu apa yang akan dibuat oleh Bank Negara samada pada polisi kewangannya ataupun pada tindakannya dalam aktiviti jual beli matawang maka kita boleh memanfaatkan keuntungan daripada keputusan tersebut.

Misalnya jika ringgit berada di paras yang agak tinggi dan kerajaan mahu agar nilai matawang ini menurun sedikit supaya eksport negara lebih kompetetif, maka pihak yang ada maklumat tersebut boleh bertindak untuk memanfaatkan kejatuhan ringgit untuk kepentingan dirinya. 

Individu tersebut cuma perlu membeli dollar sebelum bank negara bertindak. Sebaik sahaja nilai ringgit dijatuhkan sedikit oleh bank negara maka dia segera menjual semula dollar dan dengan itu dia dapat mengaut keuntungan daripada perbezaan nilai matawang tersebut. 

Contohnya nilai matawang Ringgit berada pada paras 2.80 berbanding 1 dollar Amerika. Dan beliau tahu jika dia isytiharkan sesuatu berita yang mengejutkan maka matawang Ringgit boleh jatuh kepada 3.00 berbanding 1 dollar Amerika. Jadi sebelum isytiharkan berita tersebut atau sebelum Menteri buat sesuatu polisi kewangan tertentu yang boleh menjatuhkan nilai matawang itu, dia atau proksinya akan beli USD terlebih dahulu dengan menjual ringgit yang ada dalam simpanannya. Ini bermakna dia akan jual RM3.80 untuk dapatkan 1 USD. 

Selepas itu bila matawang Ringgit jatuh ke paras RM3.00 berbanding 1 USD, barulah dia akan jual pula USD pula untuk ditukarkan kepada ringgit. Maka dengan itu pada hari pertama dia jual ringgit pada RM2.80 untuk dapatkan 1 USD dan selepas itu dia jual 1 USD untuk mendapat RM3.00. Akhirnya dia berjaya mengaut keuntungan sebanyak 20 sen bagi setiap 1 USD. Jika urusniaga peribadinya itu bernilai 1 juta USD maka keuntungan yang diperolehinya ialah RM200 ribu.

Ini bermakna ketika bank negara jual maka individu ini membeli dan ketika bank negara beli, individu ini pula jual. Akhirnya apabila individu ini untung maka yang ruginya adalah bank negara. 

Rakyat akan nampak ia adalah kerugian urusniaga forex bank negara dan bukannya kecurian kerana tiada siapa melihat wang dari bank negara dibawa keluar secara fizikal atau di masukkan ke dalam akaun peribadi individu tertentu. 

Maka golongan yang merasa diri mereka pandai tapi tak berapa pandai akan terus berhujah ini bukan kecurian tetapi kerugian urusniaga forex. 

Persoalannya di sini apakah perkara yang dinyatakan di atas berlaku dalam skandal Urusniaga Forex Bank Negara yang dilaporkan mengalami kerugian RM31.5 billion di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan lain-lain ? 

Untuk mendapat jawapannya kita perlu lihat apakah terdapat unsur penipuan dalam mendedahkan fakta kerugian Bank Negara atau tidak ? Hasil siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan di Raja yang didedahkan pada 30 November 2017 mendapati memang terdapat unsur penyembunyian fakta kerugian oleh pihak-pihak yang dinyatakan dalam laporan tersebut. Maka dengan itu Suruhanjaya Siasatan telah meminta Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan beberapa orang lagi disiasat polis dan didakwa di Mahkamah. 

Ini kerana jika terdapat unsur pemalsuan fakta atau penyembunyian fakta kerugian sebenar maka di situ wujudnya unsur pecah amanah yang yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah bagi kes ini. 

Kesimpulannya, kemungkinan kecurian wang negara melalui cara yang dinyatakan di atas atau melalui cara lain tetap ada. Jika kecurian tidak berlaku sekalipun, penipuan telah berlaku. Maklumat sebenar telah disembunyikan mengikut laporan tersebut. Jika tak curi kenapa nak menipu ? Apakah individu-individu ini cuba mengambil kesempatan daripada kekukuhan ekonomi di waktu itu demi memuaskan nafsu mereka atau mereka mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah pemimpin yang bijak menguruskan ekonomi negara padahal hakikatnya mereka telah melingkupkan ekonomi negara ? WALLAHU a’lam, Wassalam.

0 comments:

share2