Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 27, 2018

[ROMPIN] BERI KEUTAMAAN KEPADA KEBAJIKAN RAKYAT: TENGKU ABDULLAH



Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah



Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat, termasuk dalam isu berkaitan perumahan.

Baginda bertitah aspek perumahan khususnya yang melibatkan rumah mampu milik penting untuk membantu mereka yang baharu hendak memulakan kehidupan.

"Pihak kerajaan juga perlu memperhalusi masalah berkenaan bekalan air dan elektrik di seluruh kawasan. Saya amat mementingkan hal-hal seperti ini kerana ia membabitkan kebajikan rakyat," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Kampung Leban Chondong di sini malam tadi, yang turut dihadiri Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Sri Muhammad Safian Ismail.

Turut hadir Ahli Parlimen Rompin Dato' Sri Hasan Ariffin, Adun Tioman Dato' Sri Mohd Johari Hussain, Adun Muadzam Shah Razali Kassim dan Adun Bukit Ibam, Dato' Shamsiah Arshad.


0 comments:

share2