Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 10, 2018

TAKKAN SAYA HENDAK TUDUH HANYA KERANA KEHENADAK MANA-MANA PIHAK - TAN SENG GIAW


Takkan saya hendak tuduh hanya kerana kehendak mana-mana pihak – Tan Seng Giaw



Kuala Lumpur – Penyandang kerusi Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw tidak kisah disingkirkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana beliau tidak mahu dilabel sebagai pak turut.

Katanya, beliau bukan individu yang boleh mengikut telunjuk pemimpin terutama yang bertentangan dengan peribadinya sebagai seorang rasional.

“Saya berfikir, bercakap dan bertindak mengikut hati nurani dan fikiran yang rasional. Saya tidak boleh ikut cakap orang jika hati nurani saya kata ia salah.

“Kalau pemimpin saya kata salah, tapi saya fikir ia betul, maka saya tidak akan ikut. Begitu juga kalau saya kata salah, pemimpin pula kata betul, pun saya tidak ikut.

“Kita tidak boleh jadi individu yang ikut arahan terutama membabitkan perkara yang salah. Itu tidak betul. Mana boleh (andainya) pemimpin suruh ‘bunuh’ atau mencaci seseorang kita patuh arahannya. Arahan seumpama itu salah dan tidak perlu dipatuhi,” katanya kepada theRakyat.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan penyandang Parlimen Segambut, Lim Lip Eng sebagai pengganti Seng Giaw yang mempertahankan kedudukannya sejak tahun 1982.

Meskipun cuba berselindung tentang pengguguran namanya yang dikaitkan dengan pendirian beliau terhadap Perdana Menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Seng Giaw berkata, prinsip dan pendiriannya berhubung laporan siasatan itu adalah jelas.

Tegasnya, selagi tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes tersebut, maka selagi itu Perdana Menteri tidak bersalah.

“Kalau kita tidak percaya pada siasatan, kepada keputusan siasatan apa lagi yang boleh membawa kepercayaan kepada sistem.

“Apabila siasatan yang dibuat tidak ada perkara yang menjurus kepada pembabitan Najib, takkan saya hendak membuat tuduhan disebabkan ia menjadi kehendak mana-mana pihak. Dalam aspek perundangan dan kemanusiaan, perbuatan itu adalah salah. Dalam keagamaan ia adalah berdosa,” ujarnya.

Jelas Seng Giaw, menjadi pembangkang dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, bukanlah tugas untuk menghentam secara membuta tuli, sebaliknya ia memerlukan bukti kukuh.

“Ini kerana, pembangkang juga sebenarnya mempunyai tugas dan tanggungjawab mencari kebenaran untuk rakyat. Kalau sesuatu yang tidak betul, dikatakan betul dan perjuangkan seperti ia sesuatu yang betul, kita sebenarnya telah merosakkan sistem.

Ditanya apakah yang dilakukan selepas ini, Seng Giaw memberitahu, dia akan menumpukan tugasnya sebagai doktor kulit di kliniknya di Petaling Jaya.

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB setebal 106 halaman itu, tidak menyebut Najib terbabit dalam sebarang laku.

Sebaliknya, PAC mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pelaburan negara itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak lain yang berkaitan.


0 comments:

share2