Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 10, 2018

[KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13



Kerja berterusan selepas PRU13




Kerja berterusan BN Paya Besar sejak lima tahun lalu mendekati rakyat di kawasan pastinya menjadi senjata utama pada PRU14 tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Paya Besar, Dato' Mohd Zaili Besar berkata, perkara itu menjadi fokus selepas diberi mandat oleh pengundi selepas PRU13.

Menurutnya, gerak kerja daripada akar umbi sudah lama digerakkan.

“Kita tidak menunggu lima tahun sekali bekerja untuk rakyat.

“Sebaliknya kerja-kerja ini sudah lama dibuat termasuk pembangunan yang dibangunkan di Paya Besar,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Beg Sekolah Pelajar Miskin anjuran Pertubuhan Kebajikan Keluarga Miskin( PKKM) Pahang dan Kelab Mahasiswa Paya Besar, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Paya Besar merangkap Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Shahar Abdullah.

Mohd Zaili berkata, banyak pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan adalah usaha oleh BN Paya Besar.

Beliau berkata, walaupun ketiadaan Ketua Bahagian, Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan Ismail dan Allahyarham Adun Lepar, Dato' Sohaimi Jusoh namun jentera parti terus komited meneruskan perjuangan.

“Kita meneruskan perjuangan yang ditinggalkan kedua-duanya dan saya yakin Paya Besar masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat.

“Pengumuman beberapa projek pembangunan infrastruktur oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak sebelum ini adalah untuk keselesaan rakyat di Paya Besar,” katanya.

Mohd Zaili juga melahirkan keyakinan dengan manifesto yang dibentangkan Presiden Parti sebelum ini yang menumpukan kepada kebajikan rakyat.

Pada majlis itu, seramai 200 murid miskin menerima sumbangan sekolah dan wang tunai disampaikan Mohd Zaili.


0 comments:

share2