Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 11, 2018

[KUANTAN] WANITA PERLU AMBIL PELUANG INISIATIF KERAJAAN



Wanita perlu ambil peluang inisiatif kerajaan, terajui pembangunan



Masyarakat, khususnya kaum wanita disaran mengambil peluang dalam setiap inisiatif atau program dilaksanakan kerajaan sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18).

Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, ia merupakan antara usaha untuk memperkasa dan mendorong wanita ke dalam Revolusi Perindustrian keempat selaras dengan usaha kerajaan untuk menerajui pembangunan.

Jelasnya, keadaan wanita hari ini sudah berubah berbanding lebih 50 tahun lalu yang telah bergerak dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya.

"Dengan itu, kini, kita perlu merubah tanggapan masyarakat yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan.

"Tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu lelaki sahaja tetapi sebaliknya memerlukan sokongan serta dorongan wanita.

"Wanita itu begitu penting dalam masyarakat dan negara kerana ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan majlis Perasmian Penutup Minggu Hari Wanita Sedunia 2018 Peringkat UMP, di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Wanita UMP ( Matahari), Profesor Datin Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim; Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Muhammad Mat Noor serta Pengarah program, Shuhada Abu Bakar.

Dalam pada itu, Yuserrie berkata, wanita yang bekerjaya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah memikul tanggungjawab lain sebagai isteri dan juga ibu.

"Wanita perlu sedar bahawa kesibukan mereka dalam menguruskan kerjaya harus diseimbangkan dengan kesihatan.

"Rata-ratanya kurang memberi perhatian terhadap kesihatan sehinggalah ia mula terganggu.

"Dengan itu juga, saya turut difahamkan bahawa program dijalankan sepanjang Minggu Hari Wanita Sedunia 2018 peringkat UMP ini berkonsepkan kesihatan untuk memberi kesedaran dan petunjuk tentang beberapa aspek kesihatan kepada warga UMP," katanya.


0 comments:

share2